SOALAN LAZIM

  1. Apakah Pelan Strategik UPSI 2015-2020?

Pelan Strategik ialah sasaran kepada hala tuju universiti untuk menjadi peneraju universiti pendidikan di asia menjelang tahun 2020.

  1. Apakah matlamat Pelan Strategik UPSI 2015-2020?

a)    Mencapai kedudukan 20 terbaik di QS University Ranking by Subject.

b)    Mencapai kedudukan 50 terbaik di QS Asia University Ranking

c)    Mencapai kedudukan 300 terbaik di QS World Ranking..

d)    Mendapat sekurang-kurangnya satu pengiktirafan badan antarabangsa.

e)    Tier 6 SETARA

f)     Tier 5 MyRA

g)    Autonomi universiti

h)    Mempunyai sekurang-kurangnya sebuah Pusat Kecemerlangan Berprestasi Tinggi (HICOE)

  1. Berapakah tempoh pelaksanaan Pelan Strategik UPSI 2015-2020?
    1. Fasa 1 - Memerkasa Transformasi Kebitaraan UPSI (2015 – 2016)
    2. Fasa 2 - Melestarikan Kebitaraan UPSI (2017-2018)
    3. Fasa 3 - Kecemerlangan UPSI di Asia (2019 – 2020)
  1. Berapakah teras yang terdapat di dalam Pelan Strategik UPSI 2015-2020?
    1. Teras 1 : Memartabatkan Upsi Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
    2. Teras 2 : Mempertingkat Kualiti Graduan Yang Holistik Dan Seimbang
    3. Teras 3 : Melonjak Kecemerlangan Penyelidikan, Penerbitan Perundangan Dan Pengkomersilan
    4. Teras 4 : Memerkasa Jaringan Industri Dan Masyarakat
    5. Teras 5 : Mempertingkat Kualiti Tadbir Urus