Unit Perancangan Strategik dan Data

Unit ini bertanggungjawab terhadap segala urusan terutama berkaitan dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Pelan Strategik UPSI, Autonomi Universiti. Memantau pencapaian dan penyediaan laporan Petunjuk Prestasi Utama Universiti dan Petunjuk Prestasi Utama KPT. Unit ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan pengumpulan, melakukan analisis dan pengesahan data maklumat rasmi Universiti secara berterusan serta menyalurkan laporan berkala kepada pihak berkepentingan seperti : KPT (PSPTN, SETARA, MyMohes), Laporan Jawatankuasa PEMACU, Pengurusan UPSI dan lain-lain.

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Unit ini bertanggungjawab dalam segala urusan berkaitan dengan pentadbiran am bahagian dan juga urusan yang berkaitan dengan kewangan seperti perancangan kewangan, perolehan dan pembayaran.

DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data


Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.



Keselamatan Storan


Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

DASAR PRIVASI

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Maklumat yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Cookies 
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.

Pautan kepada Laman Web yang Lain

Laman Web ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Laman Web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

SOALAN LAZIM

  1. Apakah Pelan Strategik UPSI 2015-2020?

Pelan Strategik ialah sasaran kepada hala tuju universiti untuk menjadi peneraju universiti pendidikan di asia menjelang tahun 2020.

  1. Apakah matlamat Pelan Strategik UPSI 2015-2020?

a)    Mencapai kedudukan 20 terbaik di QS University Ranking by Subject.

b)    Mencapai kedudukan 50 terbaik di QS Asia University Ranking

c)    Mencapai kedudukan 300 terbaik di QS World Ranking..

d)    Mendapat sekurang-kurangnya satu pengiktirafan badan antarabangsa.

e)    Tier 6 SETARA

f)     Tier 5 MyRA

g)    Autonomi universiti

h)    Mempunyai sekurang-kurangnya sebuah Pusat Kecemerlangan Berprestasi Tinggi (HICOE)

  1. Berapakah tempoh pelaksanaan Pelan Strategik UPSI 2015-2020?
    1. Fasa 1 - Memerkasa Transformasi Kebitaraan UPSI (2015 – 2016)
    2. Fasa 2 - Melestarikan Kebitaraan UPSI (2017-2018)
    3. Fasa 3 - Kecemerlangan UPSI di Asia (2019 – 2020)
  1. Berapakah teras yang terdapat di dalam Pelan Strategik UPSI 2015-2020?
    1. Teras 1 : Memartabatkan Upsi Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
    2. Teras 2 : Mempertingkat Kualiti Graduan Yang Holistik Dan Seimbang
    3. Teras 3 : Melonjak Kecemerlangan Penyelidikan, Penerbitan Perundangan Dan Pengkomersilan
    4. Teras 4 : Memerkasa Jaringan Industri Dan Masyarakat
    5. Teras 5 : Mempertingkat Kualiti Tadbir Urus