PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :

  • Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pelan Strategik UPSI dan PPPM(PT) melalui analisa data statistik serta maklumat yang dikumpulkan setiap dua (2) bulan.
  • Memantau dan melaporkan Petunjuk Prestasi Utama  (KPI) Utama Universiti dan KPI UPSI setiap dua (2) bulan supaya amalan budaya tadbir urus yang baik diteruskan.
  • Memastikan Laporan Tahunan dan Prestasi Kewangan UPSI diterbitkan sekurang-kurangnya dua (2) bulan selepas mendapat pengesahan dari pihak Naib Canselor.