PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.

Selamat datang ke Bahagian Perancangan Korporat (BPK). Semoga informasi yang di muat naik ke laman sesawang ini memberi manfaat kepada semua.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang dilancarkan pada 7 April 2015 memberikan satu penandaaras kepada perancangan korporat universiti dalam menetapkan halatuju. Sehubungan itu, selaku bahagian yang menyelaras tindakan universiti dalam memastikan pencapaian UPSI sejajar dengan matlamat PPPM (PT), BPK dengan sedaya upaya akan menyalurkan maklumat tepat kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan menghebahkan informasi terkini mengenainya kepada seluruh warga UPSI.

Selain itu, saya berjanji bahawa maklumat yang disediakan dalam laman sesawang BPK ini akan membantu seluruh warga UPSI untuk mendapat maklumati yang jelas tentang halatuju UPSI. Walau bagaimanapun, untuk memastikan kelangsungan saluran maklumat yang komprehensif dan mutu perkhidmatan, maka saya mengalu-alukan sebarang maklum balas, pandangan dan idea daripada semua pihak supaya dapat mempertingkatkan lagi kualiti dari masa ke semasa.

Akhir kata, sesungguhnya penglibatan yang konsisten daripada semua pihak dalam usaha memartabatkan universiti ini amatlah dihargai.

Wasalam.

"KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN"

Profesor Madya Dr. Nor Azah binti Samot @ Samat