PENGENALAN

Bahagian Perancangan Korporat (BPK) yang ditubuhkan pada tahun 2010 berfungsi membantu Naib Canselor dan universiti dalam menyelaras serta memantau prestasi untuk mencapai pelan yang telah digariskan. BPK turut dipertanggungjawabkan untuk membantu menghasilkan pelan-pelan dan cadangan-cadangan perubahan bagi isu-isu kritikal atau masalah-masalah semasa yang dibangkitkan.