• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

Soalan Lazim

Soalan-soalan lazim berkenaan dengan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan SETARA?  

SETARA diurusetiakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA). Ia adalah merupakan mekanisme yang digunakan untuk mengukur kualiti, kebertanggungjawaban serta penunjuk prestasi institusi pengajian tinggi. Ia merupakan langkah Kementerian Pengajian Tinggi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam usaha membudayakan penambahbaikan kualiti berterusan (continuous quality improvement, CQI).

Melalui SETARA kesemua universiti-universiti awam telah diklasifikasikan kepada tiga kelas seperti berikut:

  • Universiti berintensifkan penyelidikan (research intensive university) iaitu universiti-universiti yang menumpukan jumlah sumber dan fokus tinggi terhadap penyelidikan.
  • Universiti umum (broad-based university) iaitu universiti-universiti yang menawarkan program komprehensif dalam pelbagai disiplin.
  • Universiti khusus (specialised university) iaitu universiti-universiti yang menawarkan program-program dalam disiplin khusus.

Klasifikasi ini bertujuan untuk mengukur daya saing dan membolehkkan pengurusan IPT sentiasa meninjau inisiatif dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan dalam  kelasnya. Klasifikasi ini juga membantu institusi memantau serta menumpukan usaha dan tenaga pengurusan institusi secara terfokus berdasarkan domain dan indikator yang digunakan oleh SETARA.

Sistem SETARA ini berasaskan kepada enam domain utama yang mengandungi 89 indikator yang dibentuk hasil konsultasi dengan semua universiti awam tempatan. Enam domain berkenaan adalah seperti berikut:

  • reputasi staf akademik;
  • kepilihan pelajar;
  • penyelidikan;
  • program akademik;
  • sumber; dan
  • pengurusan.
 

Berita Terkini

  • 1
  • 2
Prev Next

BERITA UTAMA

21-04-2015 Hits:2077 Utama Haris Miran - avatar Haris Miran

BERITA UTAMA

  SESI PEMBENTANGAN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) UPSI 2015 (SUKU TAHUN KE-4) TARIKH : 7 JANUARI 2016 (KHAMIS)  MASA : 2:30 PETANG   TEMPAT : DEWAN KONVESYEN, ARAS 5, E-LEARNING, KSAJ       AUDIT KESEDIAAN AUTONOMI OKTOBER...

Read more

Contacts

01-01-2011 Hits:442 Utama Marlina Manja Che Baharum - avatar Marlina Manja Che Baharum

The contact component provides a way to provide contact forms and information for your site or to create a complex directory that can be used for many different purposes. Help

Read more

PENAFIAN